Masalah buli siber sudah lama berlaku di kalangan pengguna internet di seluruh dunia. Mangsanya pula bukan hanya pada golongan dewasa sahaja, bahkan kini boleh dilihat berlaku terhadap kanak-kanak yang masih kecil. Hal ini kian meruncing apabila kemudahan akses internet sudah sedia ada pada setiap individu.

Menerusi hasil dapatan tinjauan yang terkini, Malaysia sudah berada di kedudukan yang keenam daripada 28 negara lain dalam masalah buli siber di peringkat global pada tahun 2018. Negara yang mempunyai laporan tertinggi daripada ibu bapa berkaitan isu buli siber adalah di India dengan jumlah laporan sebanyak 37% sementara Malaysia dilaporkan mempunyai sebanyak 23%.

Sumber Gambar: Cyber Security Malaysia

Dalam, peringkat Asia pula, Malaysia berada di tangga kedua dalam isu buli siber di kalangan remaja. Lanjutan daripada tinjauan tersebut, lebih daripada 60% di kalangan ibu bapa mengadu anak-anak mereka berusia sekitar 14 tahun hingga 18 tahun telah dibuli secara maya terutamanya menerusi laman media sosial.

Dalam menangani isu kritikal ini, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia sudahpun membentangkan rang undang-undang berkaitan buli siber kepada Kabinet. Salah satu bentuk buli siber yang boleh didakwa di bawah Akta Kementerian Kesihatan adalah dengan menghina atau mengutuk rupa tubuh badan seseorang.

Masalah buli siber ini perlu dibendung kerana ianya boleh memberikan trauma yang teruk serta menjadikan mangsa tidak berkeyakinan lagi untuk menghadapi dunia luar. Sebagai individu yang bermoral, kita perlu mempunyai rasa empati kepada orang lain serta mencegah seseorang daripada berbuat sedemikian.

Selain daripada itu, tinjauan Kapersky menunjukkan pelajar di negara-negara Asia kurang selesa belajar secara dalam talian.

Kaspersky Menyatakan Pelajar Di Negara-Negara Asia Kurang Selesa Belajar Secara Dalam Talian

Generasi Z Dilaporkan Paling Banyak Menghabiskan Masa Bersama Telefon Pintar Sepanjang Pandemik